senai-desaru expressway berhad
Jumlah Bantuan Kepada Pengguna E22


      MEI 2017 

     270 Bantuan
Home arrow News arrow E22 Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri
E22 Tawar Diskaun Tol 10 Peratus Sempena Hari Raya Aidilfitri

  Senai-Desaru Expressway Berhad (SDEB) menawarkan diskaun tol sebanyak 10 peratus kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 di Lebuhraya E22 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Diskaun tersebut ditawarkan kepada semua pengguna kenderaan kelas 1 sama ada yang membuat bayaran tol secara elektronik (ETC) di lorong Touch 'n Go dan SmartTag atau membuat bayaran tol secara tunai.Walaubagaimanapun, pihak SDEB menggalakkan pengguna lebuh raya membuat bayaran tol secara elektronik agar perjalanan lebih cepat dan selesa.

Potongan sebanyak 10 peratus itu akan bermula pada pukul 6.00 pagi 6 Julai 2016 sehingga 6.00 pagi pada 7 Julai 2016. Diskaun yang ditawarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan satu daripada pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan oleh SDEB.

SDEB juga berharap semua pengguna lebuh raya mengamalkan pemanduan yang berhemah sempena cuti perayaan ini.

diskaun_raya2016.jpg

diskaun1_raya2016.jpg